Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kerajaan mengambil langkah proaktif dengan memperkukuhkan sistem kesiapsiagaan dan amaran awal bagi menghadapi risiko gelombang kedua banjir.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi jawatankuasa pengurusan bencana negara berkata walaupun keadaan cuaca itu sukar dijangka, namun keutamaan ketika ini adalah memindahkan penduduk yang berada di kawasan berisiko lebih awal.
Transcript
00:00Kerajaan mengambil langkah proaktif dengan memperkukuhkan sistem kesiapsiagaan dan amaran awal bagi menghadapi risiko gelombang kedua banjir.
00:09Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi yang juga pengerusi jawatan kuasa pengurusan bencana negara berkata,
00:16walaupun keadaan cuaca itu sukar dijangka, tetapi keutamaan ketika ini adalah memindahkan penduduk yang berada di kawasan berisiko lebih awal.
00:26Kita tidak dapat menjangkakan tetapi gelombang ini akan berlaku di pantai timur dan ianya merupakan gelombang yang kedua.
00:39Dia akan merebak bukan sahaja di pantai timur Kelantan-Tenganu tetapi juga ke Pahang serta melebar hingga ke Johor.
00:47Begitu juga di Sarawak.
00:50Yang penting sistem yang telah kita wujudkan ialah dari segi kesiapsiagaan dan sistem amaran awal, elite warning system.
01:00Tujuannya ialah supaya permindahan itu dapat dilakukan lebih awal bagi mengelakkan kehilangan nyawa,
01:06kerosakan dokumen dan juga kita dapat menyiapsiagakan persiapan bagi mangsa-mangsa yang kita jangkakan
01:18daripada kawasan Red Spot itu untuk pergi ke PPS, pusat pembinaan sebetara.
01:24Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas lawatan kerja ke Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute,
01:32Uni KLBMI di sini hari ini.
01:34Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended