00:00Semua penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet di Malaysia yang mempunyai 8 juta atau lebih pengguna dianggap berdaftar sebagai pemberi perkhidmatan aplikasi mulai 1 Januari ini, menurut Seranjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
00:16SKMM berkata dispensasi pendaftaran di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu bagi memastikan penyedia perkhidmatan berskala besar, beroperasi dalam kerangka perundangan serta kawal selia negara.
00:30SKMM turut menegaskan pendekatan ini selaras kerangka pelesenan penyedia perkhidmatan, pesanan internet dan media sosial yang dikuatkuasakan 1 Januari lalu bagi mengukuhkan accountability serta pematuhan terhadap Undang-Undang Malaysia.
00:45Langkah itu tidak akan menjejaskan operasi global penyedia perkhidmatan dan ia sejajar amalan antarabangsa mengawal selia platform dalam talian berskala besar.
00:55SKMM turut menegaskan akan terus bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan dan agensi penguatkuasaan Undang-Undang untuk memperkukuh keselamatan dalam talian, terutama kanak-kanak serta keluarga demi manfaat semua pengguna di Malaysia.
Comments