Skip to playerSkip to main content
Tujuh lelaki yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat sauna songsang di Bandar Perai Jaya pada 29 November lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Jumaat dan didakwa atas pelbagai kesalahan.

Pemilik pusat sauna terbabit, Khor Yik Keian, 57, didenda keseluruhan RM8,000 selepas mengaku salah dengan dua pertuduhan iaitu mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan memiliki bahan lucah dalam telefon bimbitnya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/759433/berita/semasa/sauna-songsang-tujuh-lelaki-dihadapkan-ke-mahkamah

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #SaunaSongsang #Mahkamah
Transcript
00:00Tujuh lelaki yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat sauna Song Sang di Bandar Peraijaya pada 29 November lalu dihadapkan ke Mahkamah Magistrat Bukit Mertajam pada Jumaat.
00:12Pemilik pusat sauna terbabit, Koryi Keian 57 tahun didenda keseluruhan RM8,000 selepas mengaku salah dengan dua pertuduhan iaitu mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan HIV dan memiliki bahan lucah dalam telefon bimbitnya.
00:27Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mempunyai sebab untuk percaya bahawa dirinya menghidap HIV dan mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan melalui perbuatannya di sebuah pusat sauna di Jalan Peraijaya 4, Peraijaya pada jam 7 malam.
00:43Bagi pertuduhan kedua, Koryi Keian didakwa memiliki bahan lucah berupa gambar dan video dalam telefon bimbit OPPO Reno1.
00:52Dalam proseding berasingan di Mahkamah Sama, tiga lelaki terhuan Siong, 37 tahun, Ahmad Safwan Razali, 33 tahun dan penuntut sebuah IPTA,
01:03Syed Al-I Syed Al-Fali, 19 tahun, turut didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 377 di Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Sama
01:14kerana melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap Muhammad Azuddin Sabran, 58 tahun, Yik Keian di pusat sauna Sama.
01:23Ketiga-tiga mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan masing-masing diikat jamin RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan.
01:32Sementara itu, Syed Al-Aish, Ahmad Safwan, Wan Siong, Luo Yun, warga China, 41, A.A. Matyalagan, 31 tahun, Muhammad Reduan Zairul Kapri, 48 tahun,
01:47turut didakwa atas pertuduhan memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit masing-masing di lokasi, tarikh dan masa sama.
01:53Bagi pertuduhan itu, Syed Al-Aish, Ahmad Safwan, Wan Siong tidak mengaku salah dan masing-masing dibenarkan ikat jamin RM3,000.
02:03Manakala Luo Yun, Immatyalagan dan Muhammad Reduan pula didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended