Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Balik Pulau, atas pertuduhan cuba membunuh isterinya pada 27 Ogos lalu, Mohd Iskandar Othman.
Tertuduh, Muhammad Nazmi Izzuddin Muhamad Zubairi, 30 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.
00:00Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Balik Pulau atas pertuduhan cuba membunuh isterinya pada 27 Ogos lalu.
00:10Tertuduh Muhammad Nazmi Izzuddin Muhammad Zubairi, 30 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Hakim Ahzal Faris Ahmad Hairuddin.
00:21Terdahulu Ahzal Faris memaklumkan Muhammad Nazmi layak dibicarakan selepas Mahkamah menerima laporan lengkap psikiatri daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta yang merawatnya dan laporan itu menyatakan dia sesuai untuk menghadapi proseding.
00:38Mengikut pertuduhan, Muhammad Nazmi didakwa cuba membunuh isterinya, Hanis Sofia Hamdan, 28 tahun, menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di sebuah rumah terletak di Taman Perumahan dekat Sungai Arabai yang lepas kira-kira jam 5.45 pagi pada 27 Ogos lalu.
00:58Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Januari depan.
01:06Pada 27 Ogos lalu, Sinar Harian melaporkan seorang wanita nyaris maut selepas ditikam suaminya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di kawasan Taman Perumahan dekat Sungai Ara.
Be the first to comment