Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) terus mempertingkat kesiapsiagaan dan operasi bantuan banjir di beberapa negeri, dengan lebih 150 anggota serta sukarelawan digerakkan dan hampir 10,000 mangsa menerima bantuan setakat ini.
00:00Beralih ke laporan terkini, Banjir Bulan Sabit Merah Malaysia BSBM meneruskan bantuan banjir di beberapa negeri sebagai persiapan menghadapi monsoon timur laut.
00:12Setiausaha agungnya Dato' Daniel Iskandar berkata pihaknya berada dalam mood siaga penuh untuk memastikan bantuan dapat disalurkan segera di lokasi terjejas dan juga menjamin keselamatan sukarelawan.
00:24Menerusi kenyataan berkhamis, beliau menegaskan fokus BSMM merangkumi bantuan segera, sokongan psikososial, rawatan perubatan serta latihan kesiapsagaan untuk memperkuat daya tahan komuniti.
00:39Setakat ini, lebih 150 kaki tangan dan sukarelawan digerakkan dengan lebih 1,500 kotak makanan dan 300 kit kebersihan diagihkan kepada kira-kira 1,800 keluarga.
00:52Perkhidmatan sokongan mental dan psikososial turut diberikan lebih 1,200 individu menjadikan keseluruhan bantuan BSMM mendekati 10,000 mangsa banjir.
01:04Pekalan bantuan turut disediakan lebih awal di gudang cawangan bagi memastikan penghantaran pantas manakala pergerakan sukarelawan dilaksanakan secara berfasa.
01:13Meskipun situasi pemindahan menurun, BSMM kekal berwaspada terhadap risiko gelombang banjir baharu termasuk hujan lebat dan limpahan sungai.
01:23Dalam pada itu, sumbangan dibuka kepada orang ramai bagi membantu BSMM membiayai keperluan seperti makanan, kit kebersihan, bekalan perubatan dan sokongan psikososial untuk mangsa banjir.
01:35Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi ibu pejabat BSMM atau melalui media sosial Malaysia NRC.
Be the first to comment