Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah merawat hampir 25,000 pesakit di Pusat Rehabilitasi sejak 2014 dengan kadar keberkesanan 70 peratus pesakit berjaya kembali bekerja.
00:00Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso telah merawat hampir 25,000 pesakit di pusat rehabilitasi sejak 2014.
00:08Menurut Menteri Sumber Manusia, Stephen Sim, sejumlah 70% pesakit yang mendapat rawatan di pusat itu berjaya kembali bekerja sama ada dalam bidang kerja terdahulu atau pekerjaan baharu.
00:20Data ini jelas beliau membuktikan mereka mampu dipulihkan sehingga berfungsi secara normal dalam kehidupan seharian.
00:26Saya ingin menyatakan bahawa untuk Perkeso, dari tahun 2014 sehingga sekarang sudah hampir 25,000 pesakit yang telah dirawat dan keberkesanannya ialah 70% pesakit yang datang maik ke pusat rehab kita mereka berjaya kembali ke alam pekerjaan.
00:48Sama ada kerja terdahulu ataupun kerja lain. Tetapi maksudnya mereka boleh dipulihkan sehingga mampu berfungsi secara normal dalam kehidupan seharian.
01:01Menurut beliau, baki 30% pesakit terdiri daripada mereka yang memilih untuk bersara atas alasan peribadi atau kes yang lebih serius sehingga masih terlantar di atas katil.
01:10Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjung, Lee Chuan Hao mengenai perancangan Perkeso bagi memastikan perkhidmatan rehabilitasi mampu menampung permintaan pekerjaan susulan pelaksanaan skim lindung 24.7 Perkeso di Dewa Rakyat hari ini.
Be the first to comment