Tei Jiann Cheng didakwa memberi rasuah kepada bekas Setiausaha Politik Kanan PM bagi kelulusan lesen mineral Sabah, melibatkan wang tunai dan barangan bernilai RM176,829.
00:00Sementara itu di Mahkamah Sama, seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan berhubung memberi rasuah sebanyak RM176,829.3 bagi mendapat kelulusan lesin penerokaan mineral di Sabah.
00:15Pengakuan dibuat Alberti Jian Cheng, 37 tahun ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussein.
00:21Bagi pertuduhan pertama dan ketiga, tertuduh didakwa telah secara rasuah bersetuju memberi satu suapan iaitu wang tunai sejumlah RM140,000 kepada bekas seterusnya politik kanan Perdana Menteri Datuk Seri Samsu Iskandar Yusri Mohd Akin, 51 tahun.
00:38Ia bagi membantu syarikat-syarikatnya mempunyai kepentingan mendapatkan kelulusan lesin penerokaan mineral di negeri Sabah.
00:45Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 24 November 2023 dan 29 Januari 2024 di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya di dalam wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
00:57Bagi pertuduhan kedua dan keempat, Albert didakwa telah memberikan satu suapan iaitu kelengkapan perabot dan barangai elektrik bernilai RM36,829.3 kepada individu yang sama bagi tujuan yang sama.
01:10Beliau didakwa melakukan perbuatan itu pada 7 Disember 2023 dan 31 Januari 2024 di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya di dalam wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
01:21Manakala bagi pertuduhan keempat dilakukan pada 26 Februari 2024 dan 5 Mac 2024 di Jalan P14A 1-1 Persim 14 di dalam wilayah Persekutuan Putrajaya.
01:33Ahli perniagaan itu didakwa mengikut Seksyen 17 Kurungan 1 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
01:40Ia memperuntukkan hukuman penjara minimum 20 tahun dan didana tidak kurang daripada 5 kali gana jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat didilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
01:55Timbalan pendakwa raya Farah Ezlin Yusuf Khan mencadangkan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan dua orang penjamin, pasport diserahkan kepada pihak mahkamah, tertuduh perlu menyerahkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM serta tidak mengacau saksi.
02:10Hakim Suzana Hussein kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM70,000 bersama tiga syarat tambahan yang dimohon oleh pihak timbalan pendakwa raya.
02:19Mahkamah kemudian menetapkan 8 Januari 2026 bagi sebutan semula kes.
Be the first to comment