Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
1,333 projek perumahan swasta yang lewat, sakit dan terbengkalai melibatkan 159,638 unit bernilai RM126.47 bilion telah dipulihkan oleh KPKT setakat 31 Oktober.
Transcript
00:00Sebanyak 1,333 projek perumahan swasta yang lewat, sakit dan terbengkalai melibatkan 159,638 unit kediaman dengan nilai pembangunan kasar RM126.47 bilion berjaya dipulihkan setakat 31 Oktober lalu.
00:18Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Atirah Sabu berkata, langkah itu diambil bagi melindungi pembeli daripada kerugian akibat kelewatan projek dan mengembalikan keyakinan terhadap sektor perumahan swasta.
00:32Beberapa pendekatan inisiatif yang telah diambil oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
00:39Pertamanya adalah kita melaksanakan penubuhan task force projek perumahan lewat, sakit dan terbengkalai di mana sehingga 31 Oktober, sejumlah 1,333 projek perumahan swasta telah pun berjaya dipulihkan dan ini mengambil kira 159,638 unit rumah yang bernilai RM126.47 bilion.
01:03Pada masa yang sama, kita juga meningkatkan kawal selia melalui prosedur sedia ada di bawah akaun Pemajuan Perumahan, HDA, yang wajib dibuka oleh setiap pemaju perumahan swasta berlesen di Semenanjung Malaysia.
01:14Dan pada masa yang sama, kita juga meneruskan pemantauan yang lebih berkesan kepada pemajuan perumahan swasta melalui penambahbaikan dalam sistem Housing Integrated Management System, HIMSS.
01:24Tuan-Niru Pertua, terima kasih.
01:25Aiman Atirah berkata, pemaju yang disenarai hitamkan tidak dibenarkan memohon lesen pemajuan atau permit iklan dan jualan projek baharu, manakala senarai projek bermasalah turut dipaparkan melalui portal KPKT sebagai rujukan pembeli.
01:40Beliau berkata, Akta Pemajuan Perumahan, Kawalan dan Pelesenan 1966 Akta 118 kini dalam proses penambahbaikan untuk memastikan pengurusan kewangan pemaju lebih berdisiplin dan mengurangkan risiko projek terbengkalai pada masa hadapan.
01:54Mengulas mengenai rumah mampu milik, Aiman Atirah berkata, kesukaran rakyat mendapat pembiayaan perumahan berpunca daripada rekod kredit lemah, kadar hutang isi rumah yang tinggi serta pendapatan tidak stabil atau tiada slip gaji rasmi.
02:09Terima kasih telah menonton!
02:11Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended