LHDN menetapkan tempoh maksimum 10 tahun bagi kelulusan layanan cukai untuk Institusi, Organisasi dan Tabung (IOT) di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, berkuat kuasa 27 November 2025, termasuk tolakan cukai dan pengecualian pendapatan sepanjang tempoh kelulusan.
00:00Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN menetapkan tempoh maksimum 10 tahun bagi kelulusan layanan cukai untuk institusi, organisasi dan tabung IoT di bawah subseksyen 44, kurungan 6, Akta Cukai Pendapatan 1967.
00:15LHDN menjelaskan antara manfaat utama kelulusan IoT ialah toyakan cukai sehingga 10% daripada pendapatan agregat individu atau syarikat serta pengecualian cukai ke atas semua pendapatan yang diterima IoT sepanjang tempoh kelulusan.
00:32Agensi itu menerusi satu kenyataan pada selasa memberitahu peraturan baharu itu berkuat kuasa 27 November 2025.
00:41Bagi IoT kelulusannya dijangka tamat pada 31 Disember 2025, LHDN akan mengeluarkan surat pemakluman baharu selari dengan tempoh kelulusan 10 tahun.
00:52Untuk IoT yang telah menerima kelulusan baharu sebelum 27 November 2025, tempoh sedia ada akan kekal terpakai dan kelulusan 10 tahun hanya dipertimbangkan selepas tempoh berkenaan tamat.
01:06LHDN turut menegaskan semakan pematuhan syarat kelulusan akan dilakukan sepanjang tempoh berkenaan termasuk penyimpanan dokumen seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
01:19Sebarang pelanggaran syarat boleh mengakibatkan kelulusan ditarik balik dan pendapatan IoT akan dikenakan cukai di bawah sub-sub perenggan 13-1-A jadual 6 Akta tersebut.
Be the first to comment