Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Malaysia dijangka kekal dengan pertumbuhan ekonomi 4 hingga 5 peratus pada tahun hadapan. Penganalisis Ekonomi, UNIKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, menegaskan kadar ini sesuai untuk kestabilan, namun risiko global seperti perang tarif China-AS boleh memberi kesan kepada perdagangan dunia.
Transcript
00:00Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia sekitar 4 hingga 5 peratus disifatkan sebagai kadar yang sesuai dengan kedudukan semasa negara.
00:08Penganalisis ekonomi Uni KL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata,
00:14pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi boleh membawa kesan positif tetapi berisiko jika berkembang terlalu pantas.
00:20Bagus kalau dia terus meningkat tapi buruknya adalah nanti kita punya enjin ekonomi itu menjadi panas.
00:30Jadi apa yang berlaku bila terlalu naik, terlalu cepat dan pantas, kita menghadapi isu-isu seperti kadar inflasi yang tinggi,
00:40peningkatan harga barang dan sebagainya. Itu yang kita nak elakkan.
00:43Pada masa sekarang ini, dengan kadar pengungguran di bawah 3 peratus, kadar inflasi 1.4 peratus,
00:51pertumbuhan banyak 4 dan 5 peratus. Kita mahukan pertumbuhan yang seimbang.
00:55Bukan kita nak bekerja-kerja atau berlawan-lawan negara lain.
00:58Tapi kita pada harusnya mempunyai satu situasi ekonomi yang sesuai untuk kita, untuk negara kita berkembang.
01:06Pada masa yang sama juga, kita cuba mengelakkan perbahagian lain.
01:09Mengulas risiko yang boleh menjejaskan naratif daya tahan negara pada 2026,
01:15beliau menyatakan bahawa faktor luaran lebih membimbangkan berbanding domestik.
01:20Katanya perang tarif antara China dan Amerika Syarikat masih belum berakhir.
01:24Jika konflik ini berlarutan atau menjadi lebih serius,
01:27ia boleh memberi kesan buruk kepada perdagangan global dan seterusnya menjejaskan Malaysia.
01:33Sebaliknya dari segi domestik, Malaysia berada dalam kedudukan fiskal dan monetary yang kukuh,
01:37didorong pelbagai faktor positif antaranya kestabilan nilai ringgit yang dijangka terus menokong ekonomi negara.
01:44Namun beliau mengingatkan bahawa Malaysia tidak boleh leka terhadap risiko geopolitik
01:49dan ketidaktentuan global yang boleh memberi kesan kepada perdagangan dan pelaburan.
01:53Terima kasih telah menonton!
01:58Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended