00:00Sarawak perlu memperkukuhkan keupayaan dalam mereka bentuk cip termaju dan teknologi digital bagi mengekalkan daya saing dalam sektor semikonduktor dan kecerdasan buatan AI.
00:12Premier Sarawak dan Seria Banjohari Tonopin berkata penguasaan pembuatan cip dan sistem data berasaskan satelit kini membentuk halatujuh ekonomi global dengan kebanyakan negara meningkatkan pelaburan untuk menguasai teknologi masa depan.
00:25Beliau menjelaskan perkembangan pesat AI meningkatkan permintaan terhadap cip berprestasi tinggi bagi memproses data berskala besar mendorong inovasi bahan baru seperti gallium nitrate GAN yang mampu menahan haba tinggi berbanding silikon.
00:41Abang Johari menyatakan penyelidikan oleh Sarawak Microelectronics Design terhadap cip berasaskan wafer GAN adalah langkah awal membina keupayaan teknologi sendiri untuk menyokong industri AI.
00:53Beliau turut mendekankan penguasaan teknologi satelit sebagai penentu ekonomi masa depan kerana keupayaan menghantar dan mengumpul data dalam jumlah besar dengan kedudukan geografi Sarawak memberi kelebihan strategik untuk pembangunan dan pelancaran satelit.
01:07Sarawak katanya akan terus melabur dalam penyelidikan, pembuatan termaju dan infrastruktur digital bagi memperkukuh daya tahan ekonomi dan bersedia merapi persaingan global.
Be the first to comment