Skip to playerSkip to main content
  • 6 months ago
Sebarang pertikaian mengenai proses atau keputusan pilihan raya yang dilaksanakan sepanjang PRN Sabah ke-17 hendaklah dikemukakan melalui petisyen pilihan raya dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya diwartakan oleh SPR kelak.
Transcript
00:00Sebarang pertikaian mengenai proses atau keputusan pilihan raya negeri Sabah ke-17 hendaklah dikemukakan melalui petisyen pilihan raya dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya diwartakan oleh SPR Kelak.
00:15Perkara itu dimaklumkan setiusaha Dato' Khairul Syahril bin Idros, Suruhanjaya Pilihan Raya SPR menerusi kenyataan pada Isnin.
00:22Jelasnya SPR mengambil maklum beberapa dakwaan yang tular di media sosial yang memberikan gambaran kurang tepat mengenai perjalanan pilihan raya, antaranya tuduhan ketidaktelusan SPR.
00:36Tegasnya segala urusan pengundian, pengiraan, penjumlahan dan pengisytiharan keputusan telah dilaksanakan dengan penuh integriti dan telus, serta mematuhi semua prosedur dan peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
00:47Proses itu juga dipantau oleh semua parti politik, kumpulan pemerhati dan individu yang mengambil bahagian dan dilantik dalam PRN Sabah.
00:56SPR turut merakamkan penghargaan kepada semua pengundi di Sabah yang telah menjalankan tanggungjawab pada 29 November lepas, sehingga kesemua keputusan diisytiharkan secara rasmi oleh pegawai pengurus pilihan raya.
Comments

Recommended