Ketika negara berdepan fasa cuaca yang mencabar, kehadiran sukarelawan banjir seperti Ardell Aryana banyak membantu meringankan beban. Tanpa memikirkan status selebriti, ibu dua anak itu turun padang bersama suami mengagihkan bantuan keperluan asas kepada mangsa-mangsa di Perlis.
Berusia 35 tahun, Ardell sekali lagi membuktikan jiwa aktivis kemanusiaan yang dimilikinya. Beliau bersama beberapa lagi sukarelawan dan NGO pantas mengharung air bah, selepas amaran hujan lebat serta berterusan dikeluarkan oleh MetMalaysia. Terima kasih orang baik!
Be the first to comment