00:0024 jam akan datang dianggap paling genting bagi Kuala Lumpur, Selangor dan sebagian Pahang
00:06apabila ribut tropika senyar dijangka melintasi kawasan-kawasan ini sebelum bergerak ke negeri-negeri lain.
00:15Ketua Pengarah MED Malaysia Hisham Anip berkata hujan antara 200 hingga 300 mm dijangka turun dalam tempoh ini.
00:25Hujan dijangka mula beransur reda menjelang ahad apabila ribut tersebut bergerak ke Laut Cina Selatan.
00:33Katanya ini kali pertama MED Malaysia mengesan ribut seperti ini terbentuk di Selat Melaka
00:39dan angin kencang sehingga 50 km per jam dijangka bermula hari ini dan akan berterusan sekurang-kurangnya untuk tempoh 24 jam seterusnya.
00:51Hisham menambah biasanya Malaysia hanya mengalami angin sekitar 10 hingga 20 km per jam
00:58tetapi ribut tropikasinya menjadi semakin kuat disebabkan suhu laut yang panas dan keadaan lanina.
01:07Beliau menasihatkan orang ramai supaya memandu dengan cermat dan menyimpan dokumen penting di tempat yang selamat sepanjang tempoh ribut.
01:16Hisham turut memaklumkan bahawa MED Malaysia sedang memberikan kemas kini cuaca secara berkala kepada pihak berkuasa KLIA.
Comments