Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
There have been no reports of long queues at petrol stations since the targeted subsidy rationalisation programme, Budi95, began in stages in September, the Dewan Rakyat heard on Tuesday (Nov 18).

Deputy Finance Minister Lim Hui Ying said the implementation of Budi95 has gone smoothly, and the operational systems have been stable since its launch.

Read more at https://tinyurl.com/ytww8th7

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Transcript
00:00Thank you, Dr. Nipetua.
00:30Program Budi 95 secara berperingkat memulak dengan anggota tentera dan polis pada 27 September diikuti oleh penerima STR pada 28 September dan seterusnya diperluaskan kepada semua warga negara Malaysia yang layak pada 30 September 2025.
00:47Pelaksanaan program Budi 95 secara berperingkat membolehkan ujian awal terhadap sistem dilaksanakan dalam skala kecil sebelum diperluas kepada kumpulan sasaran yang lebih besar.
01:00Pendekatan ini penting bagi memulakan kerajaan mengenal pasti, menilai dan menambah baik sebarang kelemahan teknikal, logistik atau operasi yang mungkin timbul sepanjang tempoh pelaksanaan awal.
01:12Pelaksanaan Budi 95 telah berjalan lancar dan sistem beroperasi dengan stabil sejak dilaksanakan.
01:20Secara amniat, tidak ada isu pengguna terpaksa menunggu atau berbaris panjang untuk mengisi petrol di stasiun.
01:26Selain itu, Budi 95 disediakan dengan kapasiti pelayan yang jauh lebih besar berbanding penghargaan SARA.
01:36Sistem SARA hanya memproses 3,000 transaksi semenit.
01:40Berbanding pelayan Budi 95 dapat memproses lebih 10 kali ganda iaitu melebihi 30,000 transaksi semenit.
01:49Sehingga 17 November 2025, seramai 13.6 juta rakyat telah melaksanakan lebih daripada 143.5 juta transaksi pengisian petrol di bawah program Budi 95.
02:07Kadar transaksi mencatatkan puncak sebanyak 41.2 ribu transaksi semenit, manakala purata kadar transaksi adalah sekitar 15,000 transaksi semenit.
02:19Kerajaan mengambil maklum akan cabaran yang dihadapi oleh rakyat di kawasan pedalaman, khususnya mereka yang tinggal jauh dari stasiun minyak serta mempunyai akses terhad kepada bahan api bersubsidi.
02:32Sehubungan itu, kerajaan komited melaksanakan penambahbaikan secara berterusan bagi memastikan pelaksanaan sistem Budi 95 lebih menyeluruh, inklusif dan berkesan.
02:43Antara langkah yang telah diambil adalah melalui penggunaan terminal MyCard yang bukan sahaja boleh disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi, malah turut menyokong penggunaan kad SIM bagi memastikan capaian internet yang lebih stabil.
02:57Kementerian Kewangan akan terus menjalin kerjasama erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam usaha memperkukuh liputan rangkaian, khususnya di kawasan pedalaman yang masih berdepan kekangan capaian.
03:13Melalui usaha bersepadu ini, sebarang isu berkaitan akses internet di kawasan tersebut dapat dikenalpasti dan ditangani dengan sewajarnya, serta pada kadar yang lebih cepat.
03:24Sekian, terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended