00:00PEMBICARA 1
00:30Sehubungan itu, SPR menekankan bahawa calon PH bagi Dun Silam akan kekal tertera di kertas undi bagi bahagian pilihan raya berkenaan.
00:39Dalam satu kenyataan, SPR menjelaskan bahawa pihaknya mengambil maklum mengenai tindakan calon berkenaan yang sebelum ini telah disahkan sebagai calon pada hari penamaan.
00:48SPR menjelaskan keputusan itu dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang dengan merujuk kepada Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya Perjalanan Pilihan Raya 1981
00:59yang mana calon tidak dibenarkan menarik pencalonan selepas sesi penamaan calon dijalankan.
01:05Abdul Halim Siddiq pada Isnin mengumumkan menarik diri daripada bertanding dalam PRN Sabah dengan alasan menjaga hubungan baik antara gabungan parti dalam kerajaan perpaduan.
01:18Terima kasih telah menonton!
Comments