Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Itu penegasan Datuk Seri Ronald Kiandee ketika mengulas keputusan Perikatan Nasional (PN) meletakkannya sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.
Transcript
00:00Rakyat sekarang bijak, mereka melihat personaliti calon walaupun sebagainya masih melihat kepada parti.
00:06Dan itu penegasan daripada pengurusi Perikatan Nasional PN Sabah, Datuk Sri Ronald Kiandi ketika mengulas keputusan parti itu
00:13meletakkannya sebagai calon bagi kerusi Don Sugut pada pilihan rakyat negeri Sabah ke-17 kali ini.
00:20Rakyat sekarang bijak, saya yakin rakyat terutama di kelang anak-anak muda melihat personaliti calon walaupun sebagainya akan melihat parti, parti politik
00:39tetapi ini merupakan perubahan-perubahan politik yang sedang berlaku di Sabah.
00:48untuk pertama kalinya kali ini pengundi-pengundi yang berumur 18 tahun akan menunaikan tanggung jawab demokrasi demokratik mereka
00:59untuk pertama kali di pilihan rakyat negeri Sabah ini.
01:04Kalau kita lihat tentu sekali landscape pengundian ataupun dinamika pengundian pada PRN yang lalu akan berbeza dengan PRN pada kali ini.
01:18Ronald dan juga ahli Parlimen Beloran selama 25 tahun berkata perubahan pola pemikiran pengundi khususnya golongan muda
01:25menjadi faktor utama menjadikan landscape PRN kali ini jauh berbeza berbanding pilihan raya lalu.
01:31Beliau berkata pelibatan besar pengundi baharu termasuk mereka berusia 18 tahun buat pertama kali menjadikan proses pemilihan wakil rakyat lebih dinamik dan kritikal.
01:40mengulas mengenai kecenderungan pengundi Sabah yang memilih wakil rakyat sama walaupun beralih parti
01:45Ronald berkata fenomena itu adalah keunikan politik Sabah.
01:49Menurut beliau di banyak kawasan pengundi tetap mengangkat semula pemimpin tersebut kerana hubungan dan khidmat yang dibina.
01:55Sabah ini dia unik.
01:59We change government, we change wakil rakyat quite often, lebih kerap daripada negeri-negeri yang lain.
02:05Kadang-kadang kita wakil rakyat ini dia beralih parti atas asas benar, atas kehendak rakyat.
02:14Sebab itu walaupun pemimpin itu beralih parti, rakyat yang mereka wakili itu masih mengangkat mereka sebagai pemimpin.
02:23So dia ada desakan pengundi. Mungkin tidak diterima secara umum.
02:31Ronald bakal berdepan saingan enam calon lain bagi kerusi Dun Sugud pada PRN kali ini.
02:35Pertandingan itu membabitkan Roslila Jun PIS Roger Langgau Bebas, Aspah Abdullah Sani Warisan, Hassan Mentir PPRS, Mohd Arifin Pacuk BN UMNO serta Datuk James Ratip GRS Gagasan Rakyat.
02:49Pada PRN 16, kerusi berkenaan dimenangi James Ratip yang ketika itu mewakili BN dengan majoriti 1,664 undi.
Comments

Recommended