Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Datuk Yamani Hafez Musa menegaskan, statusnya sebagai anak kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bukan satu beban atau kelebihan luar biasa dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 kali ini.

Yamani yang merupakan calon PKR bagi kerusi Sindumin berkata, pengalaman sebagai bekas Ahli Parlimen Sipitang memberikan kelebihan buat beliau untuk turun semula ke gelanggang, bezanya kali ini di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Transcript
00:00Legasi politik bekas Ketua Menteri Sabah yang kini yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman diteruskan dengan pencalonan dua anaknya dalam peliharaan negeri akan datang.
00:10Mereka ialah Hazi Mubarak yang bertanding atas tiket gabungan rakyat Sabah GRS di Dewan Undangan Negeri Dun Sungai Manila.
00:18Manakala seorang lagi ialah Datuk Yamani Hafiz, calon bagi parti keadaan rakyat di kerusi Sindumin.
00:25Boleh cakap kepada Astro Awani, Yamani menegaskan statusnya sebagai anak kepada Tun Musa bukan satu beban atau kelebihan luar biasa dalam menghadapi PRN kali ini.
00:36Pengalaman sebagai bekas Ahli Parlimen Sipitang memberikan kelebihan buat beliau untuk turun semula ke gelanggang, bezanya kali ini di peringkat Dewan Undangan Negeri.
00:45Saya rasa saya tidak rasa beban kerana ini bukan pertama kali saya bertanding, saya pernah bertanding di peringkat Parlimen.
00:51Jadi perkara ini adalah perkara yang bukan asing untuk saya dan tempat ini juga tempat yang sama saya tanding di peringkat Parlimen.
00:59Cuma sekarang ini saya turun di peringkat Adun dan mungkin latar belakang itu mungkin menjadi beban untuk setengah orang tapi bagi saya tidak menjadi apa-apa masalah.
01:09Ini adalah negara demokrasi, siapa-siapa saja pun yang merasakan boleh menawarkan diri untuk rakyat.
01:18Ini akhirnya diundi kan, bukannya dipilih secara demokrasi. Jadi tidak menjadi apa-apa masalah lah.
01:26Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Keuangan II berkata, tumpuannya kini adalah memastikan mesej dan keperluan rakyat di peringkat akar umbi diterjemahkan dalam bentuk tindakan sekiranya diberi mandat.
01:40Tambahnya kawasan Sindumin, salah satu don di bawah Parlimen Sipitang amat dekat di hatinya kerana menjadi tempat beliau memulakan kerjaya politik sejak 15 tahun lepas.
01:49Seperti saya katakan ini bukanlah perkara baru bagi saya. Tempat ini memang tempat saya bermula kerjaya politik saya dan saya mulakan kerjaya politik saya 15 tahun dahulu dari peringkat pemuda sebelum saya diberi pulang untuk berkanding.
02:08Jadi perkara ini bukan perkara yang perkara baru dan tempat ini tempat yang saya biasa dan saya orang-orang yakin untuk melaksanakan perkara-perkara yang perlu dilaksanakan di mahasiswa yang akan datang.
Comments

Recommended