The proposal for the total abolition of the death penalty will undergo further detailed study starting January next year, says M. Kulasegaran.
The Deputy Minister in the Prime Minister’s Department stated that the government was in the process of establishing a Policy and Direction Review Working Group on the Death Penalty in Malaysia, which would collaborate with the Malaysian Law Reform Committee (CLRC).
00:20Disilakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.
00:24Dato' Dato' Dato'a, seperti mana ahli yang berhormat sedia maklum, Kerajaan Madani melalui pindaan Undang-Undang pada tahun 2023 telah melaksanakan satu reformasi perundangan yang penting dengan penggubalan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Menteri 2023, Akta 846.
00:48Akta 846 yang telah dibentangkan oleh ahli yang berhormat sendiri telah memansuhkan hukuman mati mandatory bagi 11 kesalahan jenayah dan memperkenalkan budi bicara kehakiman, judicial discretion, dalam menjatuhkan hukuman mati ataupun hukuman pemenjaraan selama 30 tahun ke 40 tahun.
01:11Selain itu, selaras dengan prinsip dan pendekatan pemulihan, rehabilitation, prospek dalam sistem keadilan jenayah dan pemberian peluang kedua, Akta 846 telah juga memansuhkan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat, natural life imprisonment, bagi 24 kesalahan jenayah.
01:32Seterusnya, satu mekanisme semakan hukuman mati juga telah diwujudkan bagi memberi ruang dan peluang kepada bantuan yang dijatuhkan hukuman mati mandatory sebelum penggubalan Akta 846 untuk membuat permohonan semakan hukuman mati di Mahkamah Persekutuan.
01:53Makanisme semakan ini telah dilaksanakan melalui penggubalan Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan 2023 Akta 847.
02:08Adalah perlu ditegaskan bahawa pada masa ini, hukuman mati masih kekal dalam sistem perundangan Malaysia.
02:15Sebagai salah satu bentuk hukuman jenayah yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah bergantung kepada budi bicara seorang hakim setelah mengambil kira akta dan keadaan setelah satu kes jenayah yang pasti unik dan berbeza.
02:33Namun pada masa yang sama, satu maruterium perlaksanaan hukuman mati yang telah dipersetujui oleh kerajaan pada tahun 2018 juga masih terus berkuat kuasa sehingga keputusan dasar mutamat ditentukan berkenaan halatuju hukuman mati di Malaysia.
02:52Berhubung percadangan penghapusan mahkamah hukuman mati secara keseluruhannya, Kerajaan Madani berpendirian bahawa perkara ini memerlukan penelitian yang lanjut dan terpenci mengambil kira keseimbangan dilakukan antara kepentingan awam, keadilan kepada mangsa serta prinsip-prinsip hak asasi manusia.
03:16Sehubung dengan itu, Kerajaan Madani sedang dalam proses menubuhkan satu kumpulan kerja kajian dasar dan halatuju hukuman mati di Malaysia yang akan berkerjasama dengan Jawatan Kuasa Pembaruan Undang-Undang Jenayah Malaysia, CLRC, dalam perlaksanaan usaha ini.
03:34Untuk maklumat nak lanjut, kumpulan kerja yang sedang ditubuhkan ini akan dianggoti oleh semua pihak berkepentingan dalam sistem keadilan negara termasuk daripada pihak kerajaan, badan-badan peguam, pakar akademik, undang-undang jenayah dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.
03:53Tujuan utama kajian ini adalah untuk memastikan sebarang keputusan oleh kerajaan mengenai kedudukan hukuman mati di Malaysia adalah dibuat berdasarkan kepada justifikasi yang kukuh melalui pendekatan berdasarkan bukti, evidence-based approach.
04:11Dan setelah mendengar pandangan dan hujan semula pihak berkepentingan, kajian ini akan melibatkan antara lain kajian doktoral mengenai kedudukan hukuman mati dan semua aspek termasuk di peringkat antarabangsa dan sesi libat urus holistik dan juga diadakan bersama pakar undang-undang jenayah negara dan antarabangsa,
04:35ahli keluarga mangsa, ahli keluarga banduan akhir dan pihak-pihak berkepentingan berkaitan yang sama. Terima kasih.
04:42Soalan tambahan yang berhormat.
04:44Terima kasih Timbalan Menteri untuk jawapan yang komprehensif tersebut.
04:50Mengikut akta-akta yang telah pun disebut oleh Timbalan Menteri tadi, saya mendapati ataupun difahamkan bahawa dalam tempoh hanya satu tahun antara 14 November 2023 hingga 29 Oktober 2024,
05:10kesemua semakan telah pun diselesaikan.
05:13Hanya dalam setahun saya mengucapkan taniah kepada kerajaan dan badan kehakiman dalam pencapaian tersebut.
05:20Soalan saya adalah bahawa mengikut hasil semakan-semakan tersebut, kami mendapati bahawa hukuman mati hanya dikekalkan untuk kes-kes dengan izin.
05:32Hinius murders ataupun pembunuhan yang melibatkan keganasan yang kecam dan teruk.
05:41Tetapi bukannya untuk kes-kes pengedaran dadah.
05:45Selain daripada kes bunuh, saya difahamkan bahawa untuk semua eksersis semakan ini, hukuman ganti telah pun diketepikan untuk kesemuanya.
05:55Jadi soalan yang saya ingin timbulkan di sini ada dua soalan.
06:00Pertamanya, bilakah kerajaan bercadang untuk memulakan kajian untuk menghapuskan hukuman mati secara keseluruhannya
06:08ataupun dengan izin total abolition, Tuan Speaker.
06:12Dan berapa lamakah kajian tersebut dijangka berlangsung dan berapa bilangan pesalah pada masa ini telah pun dihukum mati dan on death row.
06:22Keduanya, memandangkan tren hukuman yang dinyatakan tadi adalah adakah kerajaan bersedia untuk menghapuskan hukuman mati secara keseluruhannya
06:32ataupun total abolition, sekurang-kurangnya untuk kesemua kesalahan untuk melainkan untuk kes bunuh, apart from murders.
06:43Adakah kerajaan bersedia untuk melaksanakan total abolition hukuman mati untuk kes-kes tersebut.
06:50Terima kasih.
06:52Terima kasih.
06:53Terima kasih.
06:53Terima kasih.
06:55Terima kasih kepada cadangan tersebut.
06:57Mengenai penghapusan hukuman mati secara keseluruhannya, kerajaan berpandangan bahawa perkara ini memerlukan penelitian lanjut oleh kumpulan kerja yang disebutkan tadi.
07:10Untuk maklumat ahli yang berhormat, kajian ini dijangka bermula pada bulan Januari 2026 dan dirancang berjalan untuk tempoh selama 4 bulan.
07:23Namun, tempoh ini boleh dilanjutkan oleh kerajaan sekiranya terdapat keperluan kelak bagi memastikan kajian tersebut adalah komprehensif.
07:32Berkenaan statistik banduan hukuman mati, saya dimalukan bahawa mengikut maklumat daripada Jabatan Penjara Malaysia, setakat 11 November 2025, terdapat seramai 97 orang yang telah dijatuhkan hukuman mati.
07:49Angka ini terdiri daripada 1. 38 orang menunggu rayuan ke mahkamah rayuan, 2. 9 orang menunggu rayuan di mahkamah persekutuan,
08:01dan 3. 50 orang yang telah melalui semua peringkat rayuan dan boleh mengumumkakan permohonan pengampunan.
Be the first to comment