Skip to playerSkip to main content
Jurugambar bebas didakwa raba punggung kanak-kanak

Seorang jurugambar bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka pada Khamis atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Tertuduh, Mohd Mukhairi Zakaria, 38, didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang boleh dihukum di bawah akta sama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756480/berita/semasa/jurugambar-bebas-didakwa-raba-punggung-kanak-kanak

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesamangseksualfizikal #jurugambarbebas
Transcript
00:00Seorang jurugambar bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesen Melaka pada Khamis atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun bulan lalu.
00:12Tertuduh Muhammad Muhairi Zakaria, 38 tahun, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Raja No Adillah Raja Mahyeldin.
00:21Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan cara meraba punggung kanak-kanak tersebut di dalam sebuah lift yang terletak di sebuah apartmen di Melaka Tengah.
00:32Kejadian berlaku sekitar jam 1 petang pada 31 Oktober lalu.
00:36Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 Kurungan A Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama.
00:47Sebutan semula kes ditetapkan pada 17 Disember ini.
00:51Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended

4:18
Up next