Siasatan semula kes Pastor Koh, Amri Che Mat diketuai pegawai berpangkat ACP
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan, siasatan semula kes kehilangan Pastor Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat, sudah pun dijalankan pasukan penyiasat diketuai pegawai polis berpangkat Asisten Komisioner (ACP).
Jelasnya, pasukan penyiasat itu akan meneliti beberapa laporan termasuk mendapatkan keterangan baharu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
00:00Apa tindakan kita? Kerana arahan mahkamah itu ialah meminta polis untuk menyiasat.
00:08Kerajaan ini menghormati prinsip kedaulatan undang-undang. Kerajaan ini komited untuk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan.
00:17Pihak polis segera menubuhkan pasokan penyiasat. Walaupun siasatan sebelum ini tak pernah ditutup, tapi kali ini akan diketuai oleh seorang pegawai polis berpangkat ACP.
00:28Sekarang sudah pun bermula dan mereka akan teliti semua kertas siasatan awal, laporan suhakam, laporan pasokan petugas khas, mereka akan mendapatkan keterangan-keterangan baru dan kita mengajak mana-mana pihak yang punya maklumat berhubung kes ini untuk tampil bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan.
00:48Itu kelekatan.
00:51Manakala pihak pegawai negara sudah pun membuat kenyataan untuk mengemukakan rayuan.
Be the first to comment