00:00Suasana tegang tercetus apabila puluhan menunjuk perasaan daripada komuniti orang asli memaksa masuk ke lokasi persidangan di Sidang Kemuncak Iklim Corp 30 di Belem, Brazil.
00:10Mereka menuntut akses ke kawasan persatuan bangsa-bangsa bersatu yang kini menjadi tuan rumah kepada ribuan delegasi dari seluruh dunia.
00:19Insiden itu mengakibatkan sekurang-kurangnya dua pengawal keselamatan cedera, seorang dikejarkan dengan kerusi roda,
00:25manakala seorang lagi mengalami luka di kepala akibat objek yang dilemparkan.
00:28Penunjuk perasaan kemudian bersurai sejurus selepas insiden itu berlaku.
00:33Pengawal keselamatan kemudian membenarkan para delegasi keluar selepas meminta mereka berlindung di dalam bangunan sehingga kawasan kembali selamat.
00:41Presiden Brazil, Luis Inacio Lula da Silva sebelum ini menekankan peranan komuniti orang asli sebagai pemain utama dalam rundingan Corp 30.
00:48Awal minggu ini, puluhan pemimpin orang asli tiba dengan bot untuk menyertai rundingan menuntut lebih banyak kuasa dalam pengurusan hutan.
00:55Dalam satu temabual berasingan pada selasa, seorang pemimpin orang asli terkenal, Rauni Medtuk Tire atau Ketua Rauni,
01:03menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap projek industri dan pembangunan yang berterusan di kawasan hutan.
01:09Beliau menggesa Brazil memperkasa masyarakat asli untuk terus memelihara hutan Amazon.
01:14Corp 30 yang berlangsung di Belum sejak selasa terus menjadi tumpuan dunia dengan pemimpin dunia menyeru perpaduan global untuk menangani krisis iklim yang semakin meruncing.
01:24Antara agenda utama Corp 30 termasuk mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih,
01:29memperkukuh daya tahan komuniti terhadap bencana iklim dan memperluas kerjasama antarabangsa dalam pembiayaan iklim.
01:35Terima kasih telah menonton!
Comments