Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Isu 40 peratus hak Sabah yang menjadi perdebatan dilihat masih mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat.
Transcript
00:00Isu hak Sabah, integriti calon serta tindakan lompat parti dan tikam belakang terus menjadi topik hangat yang mempengaruhi landscape politik tempatan menjelang pilihan raya negeri PRN Sabah ke-17 hujung bulan ini.
00:14Penganalisis politik Sabah Prof. Madia Dr. Romzi Ationg berkata, pemilihan calon kini semakin rumit dengan suara akar umbi semakin mudah didengar melalui media sosial dan boleh dan boleh mempengaruhi keputusan.
00:30Isu integriti calon yang sebelum ini dibincangkan di peringkat tertentu kini menjadi topik yang lebih meluas dan berpotensi mempengaruhi kemenangan calon.
00:41Lompat parti tikam belakang itu makin-makin ketara. Kita juga berhadapan isu integriti yang makin meluap-luap ini.
00:49Jadi rasanya pilihan raya yang kita hadapi pada ketika ini adalah pilihan raya yang terlalu kritikal.
00:55Pelbagai isu yang muncul yang mana isu mungkin isu integriti sebelumnya itu hanya dibincangkan di peringkat tertentu.
01:04Tapi sekarang ini isu integriti itu lebih meluas dibincangkan.
01:07Mungkin juga kesannya itu lebih mendalam, lebih berkesan.
01:11Ataupun ini boleh dianggap sebagai faktor yang boleh menyebabkan seorang calon itu boleh kalah ataupun tidak.
01:18Dalam konteks hubungan persekutuan dan negeri, Dr. Romzi menegaskan pentingnya kerjasama dan persetujuan antara kedua-dua pihak.
01:28Beliau bagaimanapun memberi amaran keadaan politik di Sabah boleh berubah secara tiba-tiba disebabkan keinginan individu tertentu menunjukkan diri sebagai hero
01:36atau memanipulasi isu bagi kepentingan parti masing-masing.
01:40Dalam konteks ini saya melihat apa yang berlaku adalah disebabkan keinginan parti-parti tertentu untuk semata-mata menjadi sebahagian daripada kerajaan di peringkat negeri
01:51dan akhirnya mendapat laba dari situ.
01:53Jadi itu satu benda yang semestinya menghambat perkembangan pembangunan di Sabah ini yang kadang-kadang menggunakan isu M67 berterusan.
02:02Sedangkan bila dalam kerajaan isu itu tidak dibangkitkan ataupun kalau dibangkitkan pun tidaklah segar ketika pilihan raja itu.
02:11Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended