00:00Barisan Nasional BN Sabah akan bertanding di 41 kerusi Dewan Undangan Negeri DUN pada Pilihan Raya Negeri PRN Sabah ke-17 yang dijadual pada 29 November ini.
00:11Pengurusi BN Sabah, Datuk Seribung Mokhtar Radin berkata pemilihan calon dibuat secara teliti bagi menampilkan gabungan terbaik yang berpengalaman, berwibawa, berketampilan serta mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.
00:24Pemilihan calon kali ini juga bukan sekadar berdasarkan latar belakang individu tetapi berasaskan kemampuan membawa agenda Sabah yang berpaksikan kepentingan rakyat Sabah.
00:35Selain mengambil kira aspirasi rakyat, BN Sabah juga tampil dengan wajah jiwa dan pendekatan baru yang mana 80% calon terdiri daripada muka baru.
00:46Malah lebih 30% calon merupakan wakil golongan muda bagi memastikan suara dan aspirasi generasi muda terus diberi tempat dalam kepimpinan negeri.
00:56Selain itu, Bung Mokhtar memaklumkan ada beberapa lagi nama akan diumumkan kemudian.
01:00Seranjaya Pilihan Raya SPR menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian manakala 15 November dan 25 November masing-masing sebagai hari penamaan dan undi awal.
Comments