Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM17 bilion kepada Sabah berbanding RM10 bilion hasil negeri yang dikutip setiap tahun.

Transcript
00:00Dan Datuk Seriano Ibrahim memaklumkan kerajaan persekutuan membelanjakan 17 bilion ringgit kepada Sabah berbanding 10 bilion ringgit hasil negeri yang dikutip setiap tahun.
00:10Kata Perdana Menteri, Sabah menerima peruntukan pembangunan yang paling tinggi berbanding negeri lain kerana kerajaan persekutuan menyedari masih wujud banyak kekurangan yang memerlukan perhatian segera termasuk jalan pelubang, sekolah daif dan juga jurang kemiskinan yang tinggi.
00:26Yang ini kenyataan, saya nak Pulau Pinang. Kalau ikut sentimen, saya nak bagi Pulau Pinang semua.
00:35Tapi tidak, saya bergantung di Malaysia. Yang miskin, yang main di Sabah. Jalan lobang di Sabah. Sekolah daif di Sabah. Bantu mereka!
00:50Berapa yang kerajaan persekutuan belanja untuk Sabah?
00:56Bangunkan sekolah, perubatan, kirim doktor, sempadan eskom, kawal sempadan, pertahanan, semuanya.
01:11Kita ambil hasil 10 bilion.
01:15Kita bagi balik 17 bilion ringgit.
01:18Sebab apa? Sebab kita pakat di antara persekutuan dan negeri gunakan hasil kita membangunkan semua negara di Malaysia ini.
01:32Dan kebetulan, Sabah sedikit ketinggalan.
01:36Kita bantu lebih.
01:37Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berasmi yang program rancakkan madani Sabah di pusat konvensyen antarabangsa Sabah SICC di Kota Kinabalu pada Ahad.
01:49Perdana Menteri berkata, prinsip perkongsian hasil antara negeri dan persekutuan bertujuan membangunkan Malaysia secara keseluruhan,
01:57termasuk negeri-negeri yang lebih miskin seperti Kelantan dan Perlis.
02:01Kita bantu lebih. Kelantan, negeri miskin.
02:08Masalah banjir tiap tahun.
02:11Kita belanja berbilion ringgit.
02:13Walaupun negeri pembangkang, hasil sedikit, negeri miskin.
02:19Perlis, negeri miskin, cukai tak cukup.
02:24Gaji pun, kerajaan persekutuan kena bayar.
02:27Bayangkan, ini sekurang-kurangnya Sabah ini jauh lebih hebat.
02:33Gaji pegawai kerajaan negeri, kerajaan negeri yang bayar.
02:40Perlis, gaji pegawai kerajaan itu dibayar semuanya oleh persekutuan.
02:47Sebab, cukai dia kecil.
02:49Ini baru negara.
02:55Saya kena jaga Sabah.
02:57Saya juga kena jaga Pernis.
Comments

Recommended