Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap segelintir bekas pemimpin yang tampil sebagai ‘wira rakyat’ menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Beliau berkata, ketika berkuasa dahulu, golongan pemimpin itu gagal melaksanakan tanggungjawab, tetapi kini lantang bersuara dengan menuding jari mencari kesalahan pihak lain.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Mengkembali kita teruskan dengan perkembangan Sabah memilih.
00:03Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap segelintir bekas pemimpin
00:07yang tampil sebagai wira rakyat menjelang pilihan raya negeri Sabah yang akan datang.
00:12Dan Menteri berkata ketika berkuasa dulu, para pemimpin ini gagal melaksanakan tanggungjawab.
00:18Tapi kini lantang bersuara dengan menuding jari untuk mencari kesalahan pihak lain.
00:26Semua menjadi hiru-hiru belakang.
00:28Betul kalau hiru, takkan masa pilihan raya saja.
00:34Di mana kamu tahun lalu, di mana kamu dua tahun yang lalu,
00:40di mana kamu semasa kamu jadi menteri dan penguasa,
00:45mengapa hara-hara yang kamu sebut itu tidak dilaksanakan ketika itu?
00:49Beliau turut menyatakan Kerajaan Persekutuan terus memberi perhatian kepada pembangunan Sabah
00:54tanpa mengira perbezaan politik.
00:56Perdana Menteri berkata, ia terbukti melalui peruntukan pembangunan untuk Sabah
01:01berjumlah RM6.9 bilion dalam belanjawan 2026 yang tertinggi dalam sejarah negara,
01:08termasuk pemberian khas interim RM600 juta,
01:11seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 MA63.
01:15Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program berancakkan Madani Sabah
01:20di Kota Kinabalu pada Ahad.
Comments

Recommended