00:00Rekod kecemelangan gabungan rakyat Sabah GRS dalam meneraju kerajaan negeri sebelum ini harus dilihat sebagai titik tolak kepada kemajuan negeri berkenaan.
00:10Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan memberitahu keyakinan itu cerminan kepada kestabilan politik negeri di bawah kerajaan pimpinan GRS bersama Pakatan Harapan PH
00:22selain pelaksanaan pelbagai projek pembangunan dan inisiatif ekonomi yang menyentuh kepentingan rakyat.
00:28Banyak inisiatif yang telah kita capai dan banyak bantuan-bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.
00:36Contohnya dari segi ekonomi kita telah meningkat, pelabur sudah semakin yakin untuk melabur ke negeri Sabah.
00:43Jadi ini bukti kerana kestabilan yang terdapat di bawah kerajaan pimpinan GRS PH dan saya yakin rakyat inginkan Sabah yang stabil.
00:58kerana hanya dengan kestabilan yang boleh membawa Sabah menjadi satu negeri yang benar-benar berjaya dan negeri yang maju.
01:09Sementara itu Nizam juga tidak menafikan ramai pemimpin parti itu yang menawarkan diri untuk dicalonkan namun hanya seorang saja yang terpilih di setiap don untuk mewakili parti.
01:20Justru Nizam berharap semua pemimpin dan ahli parti dapat melihat kehadapan dan menghormati keputusan pucuk pimpinan parti pada hari pengumuman calon parti nanti.
01:28Mereka yang tidak terpilih menjadi calon bukan tertutup untuk mereka menyumbang kepada kejayaan dalam perjuangan mereka.
01:36Malah mereka boleh menjadi seorang yang orang bilang berjiwa besar dan sama-sama bekerja keras untuk kemenangan parti yang mereka wakili.
01:47Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program transformasi usahawan mikro anjuran klub wanita ikon Sabah ditawau pada Sabtu.
01:55Terima kasih telah menonton
Comments