Kenaikan insentif pesawah sehingga RM4,300 sehektar semusim dalam Belanjawan 2026 memberi kelegaan besar kepada pengusaha tanaman itu yang berdepan peningkatan kos operasi.
Seorang pesawah, Roslan Badron, 58, berkata, pengumuman kerajaan itu membuktikan keprihatinan terhadap nasib pesawah yang selama ini menanggung kos semakin tinggi bagi mengusahakan tanaman padi.
"Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana menaikkan insentif ini, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban terutama menjelang musim akan datang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Be the first to comment