'Kita pula lebih Hamas dari Hamas, lebih China dari China'
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Ahli Parlimen pembangkang supaya tidak bersikap 'lebih Hamas dari Hamas' dan 'lebih China dari China' dalam mentafsirkan langkah kerajaan menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara luar.
Menurutnya, pembangkang cuba menanam kebencian sehingga ada yang menyalahtafsirkan peruntukan tertentu dalam perjanjian perdagangan dengan negara luar termasuk Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Amerika Syarikat (AS) dengan Malaysia yang dimeterai pada Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Be the first to comment