Dua rakan berpangkat kapten di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) didakwa di Mahkamah Majistret Melaka, pada Jumaat atas tuduhan mencederakan seorang leftenan muda dalam kejadian di Kem Terendak, Sungai Udang pada Februari lalu.
Tertuduh, Mohamad Solehudin Darus, 30, dan Ahmad Hazlan Haris Azman, 28, masing-masing bertugas di Rejimen Pertama Artileri Diraja Para, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.
Be the first to comment