Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mempersoalkan sambutan yang didakwanya berlebihan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sewaktu ketibaannya ke Malaysia, semalam.
00:00Pengurusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin mempersoalkan sambutan yang didakwanya berlebihan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sewaktu ketibaannya ke Malaysia semalam.
00:14Muhyiddin dalam kenyataan berkata sambutan itu menimbulkan persoalan sama ada Malaysia menilai maruah diplomatik berdasarkan status tetamu, bukan prinsip kemanusiaan sambil mengingatkan nasib rakyat Gaza.
00:26Trump yang tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur semalam menarik perhatian apabila secara spontan menari bersama kumpulan penari tradisional tempatan yang kemudiannya turut disertai Anwar.
00:39Trump ke Malaysia bagi menghadiri sidang kemuncak ASEAN ke-47 atas jemputan Anwar selaku pengurusi ASEAN 2025.
00:49Beliau berlepas pagi tadi untuk menuju ke Jepun bagi meneruskan lawatannya ke Asia.
Be the first to comment