00:00Good evening, good evening, Dato' Sri.
00:06Dekat sikit, Dato' Sri, dekat sikit.
00:30Yang pentingnya, berkenaan dengan Myanmar ini, ASEAN mengambil pendirian bahawa five point consensus itu adalah merupakan asas kepada kita punya pengurusan ASEAN terhadap masalah di Myanmar.
00:51Jadi, kita tidak akan berganjak dengan apa jua, kita akan pastikan supaya asas kita punya perbincangan, asas untuk kita membantu Myanmar, asas untuk Myanmar kembali kepada keadaan biasa, mesti melalui five point consensus.
01:10Yang lain-lain itu berkenaan dengan kita berbincang tentang transnational crimes.
01:16Ini merupakan juga masalah yang telahpun merebak dan mendatangkan banyak mudarat kepada negara-negara yang berjiran dengan Myanmar dan bukan sahaja negara-negara berjiran tetapi banyak negara lain yang rakyatnya terlibat dengan transnational crime ini.
01:37Jadi, kita nak supaya kerajaan Myanmar dan juga pihak-pihak yang bertanggungjawab di Myanmar, mereka mesti menghentikan keadaan ini kerana dia telah menjadi masalah kepada negara-negara dalam ASEAN khususnya.
01:54Yang ketiga, kita nak supaya menghentikan, apa yang dia panggil sebagai hostility terhadap rakyat masing-masing.
02:04Kerajaan pun hostility terhadap rakyat dia dan pihak yang PDF ataupun pihak-pihak yang bertelagah itu pun melakukan kekejaman terhadap rakyat mereka sendiri.
02:16Kalau tak sokong mereka, mereka akan melakukan kekejaman dan akhirnya rakyat tersepit di tengah-tengah.
02:24Jadi, kita nak ini supaya dihentikan dan ini juga merupakan salah satu tonggak kepada kita punya five point consensus.
02:34Terima kasih.
Comments