Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil langkah berani melancarkan kempen nasional ‘Awak OK Tak? bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesihatan mental.
Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, orang awam yang masih malu dan takut untuk berkongsi masalah peribadi boleh menghubungi Talian Kasih 15999 untuk mendapatkan bantuan serta sokongan emosi.
“Kita mahu ubah stigma terhadap isu kesihatan mental. Kadang-kadang pertanyaan kecil seperti ‘Awak OK tak?’ boleh memberi makna besar kepada seseorang yang sedang berjuang dalam diam,” ujarnya.
Kasih Fun Run 2025 ‘Awak OK Tak?’ hasil kolaborasi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bersama KPWKM dan SinarPlus di Dataran DBKL, Kuala Lumpur, bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Bulan Kaunseling Kebangsaan.
Be the first to comment