Sorok lebih 500kg daun ketum di sebalik bungkusan jerami
Cubaan menyorok bekalan daun ketum dalam bungkusan jerami dan menghantarnya menggunakan lori berlogo sebuah syarikat kurier gagal mengelabui mata pihak berkuasa apabila kegiatan haram itu berjaya dibongkar hasil serbuan polis ke atas sebuah rumah di Felda Lepar Hilir 1, Kuantan pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nik Amirul Mu'min Nik Min.
Hasil serbuan kira-kira jam 2.40 petang itu, polis menemui dan merampas 23 bungkusan daun ketum dianggar seberat 509.7 kilogram bernilai RM20,400.
Be the first to comment