00:00Sukacita dimaklumkan, kempen ini telah mendapat pengiktirafan Guinness World Records bagi World Record Achievement.
00:11Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan
00:19mencipta sejarah apabila memperoleh pengiktirafan Guinness World Records bagi kategori World Records Achievement in Most Pleasures Received for an Occupational Safety Campaign for One Year.
00:32Timbalan Menteri Sumber Manusia Abdul Rahman Mohamad berkata pengiktirafan itu menjadi simbol komitmen negara terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan
00:41serta menjenamakan Malaysia sebagai peneraju agenda itu di peringkat antarabangsa.
00:47Sebenarnya apabila kita dah menerima World Guinness Record, sudah pasti kita akan memperkuatkan lagi, mempukuhkan lagi dengan itizang yang lebih pukuh
00:59untuk kita pastikan bahawa kita pastikan terutamanya keselamatan, kesihatan kepada para pekerja
01:09sebagaimana kita dari segi aspek tersebut untuk pastikan membudayakan keselamatan itu penting.
01:19Pada majlis itu, 28 organisasi menerima anugerah keselamatan dan kesihatan pekerjaan
01:25sebagai pengiktirafan tertinggi atas sumbangan dan inovasi mereka
01:29dalam mempertingkat amalan keselamatan serta kesihatan di tempat kerja.
01:33Rahman berkata sebanyak 257 penyertaan yang diterima bagi anugerah itu tahun lalu
01:39menunjukkan peningkatan kesedaran dalam kalangan pihak industri.
01:45Sebenarnya menunjukkan antara kerjasama antara kita dengan mereka
01:51dan kita percaya sebenarnya boleh melangkah lebih jauh lagi ke hadapan
01:56dengan jumlah penyertaan begitu ramai.
01:58Selamat menikmati.