00:00Melalui 3 pilihan raya dengan kekalahan sejak 2008, Setiausaha Agong UMNO Ashraf Wajdi Dusuki mungkin mempunyai peluang di Parlimen Gerik pada PRU-16 dengan penerimaan imej profesional lebih menonjol, menurut penganalisis.
00:16Azmi Hassan dan Mazlan Ali turut senada kerjasama lebih utuh Barisan Nasional dan Pakatan Harapan jika berterusan sehingga PRU-16 boleh meningkatkan peluangnya merampas kerusi itu daripada Perikatan Nasional.
00:31Mazlan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, reputasi Ashraf sebagai pengurusi Majlis Amanah Rakyat selain teknokrat mudah didekati sedikit sebanyak meningkatkan kedudukannya.
00:42Azmi, fellow Majlis Profesor Negara pula berkata, selain kerjasama erat BNPH, Ashraf perlu membina kepercayaan dalam kalangan pengudi tempatan yang masih terkesan dengan isu calon luar pada pilihan raya lalu.
00:58Kelmarin pengurusi BN Zahid Amidi mengumumkan Ashraf sekali lagi akan dipertaruhkan untuk merampas Parlimen Gerik yang pernah menjadi kubu kuat UMNO sebelum PRU-15.
01:08Azmi berkata pengumuman awal pencalonan Ashraf menunjukkan strategi UMNO mahu memperkukuh persediaan lebih awal sambil menghantar mesej parti itu kembali meletakkan calon berwibawa dan berpandangan jauh di kawasan strategik.
Comments