00:01Ahli Parlimen MUA Said Sadiq Said Abdul Rahman mempunyai peluang baik mengekalkan kerusi itu pada PRU-16 jika Barisan Nasional dan Pakatan Harapan meletakkan calon, kata penganalisis.
00:13Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata Said Sadiq boleh mengekalkan kerusi itu jika berlaku perpecahan undi antara BN dan PH.
00:23Dia berkata MUA secara tradisinya dianggap sebagai kerusi UMNO dan mungkin wujud rasa tidak puas hati pengundi jika PH meletakkan calon.
00:34Namun James Chin dari Universiti Tasmania berpendapat PKR berada pada kedudukan terbaik untuk memenangi MUA sekiranya bertanding menentang Said Sadiq.
00:45Chin berkata sokongan terhadap Said Sadiq tidaklah sekuat yang disangka mengambil kira jumlah besar pengundi China di MUA.
00:54Minggu lalu PKR Johor mengumumkan hasrat bertanding di Parlimen MUA, Pagoh dan Mersing dengan ketuanya Dr. Zaliha Mustafa menamakan MUA sebagai kerusi berpotensi tinggi untuk dimenangi.
01:07Zahru Alamia Syahir, FMT
01:10Terima kasih telah menonton!
Comments