00:00Penganalisis melihat penyokong bersatu mungkin mengubah corak undi pada PRN Johor susulan kemelut dengan PAS.
00:08Isu itu timbul selepas PAS menerusi timbalan Presiden,
00:12Tuan Ibrahim Tuan Man mengarahkan penyokong yang mengundi calon barisan nasional atau BN
00:18di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional atau BN.
00:23Penganalisis dari Akademi Nusantara Azmi Hassan berkata sebahagian penyokong bersatu
00:29mungkin memilih Pakatan Harapan atau PH sebagai tanda protes terhadap PAS.
00:34Katanya permusuhan lama antara Bersatu dan UMNO menjadikan PH pilihan yang lebih berkemungkinan berbanding BN.
00:44Azmi turut berkata penyokong bersatu mungkin mahu menghantar mesej kepada PAS sesulan kenyataan Tuan Ibrahim.
00:52Walaupun PAS dan Bersatu masih bersama dalam BN, kedua-dua parti kini berkempen secara berasingan.
01:00Walaupun PAS mengarahkan penyokongnya supaya menyokong BN dibaki 23 kerusi yang tidak ditandinginya,
01:07Bersatu pula menyerahkan kepada penyokong untuk membuat pilihan sendiri tanpa mengeluarkan arahan khusus.
01:14Namun penganalisis dari Universiti Sains Malaysia, Ahmad Fawzi Abdul Hamid berpandangan peluang penyokong bersatu beralih kepada PH masih tipis.
01:25Katanya persepsi bahawa PH didominasi DAP serta faktor kaum, agama dan prestasi kerajaan negeri menjadi penghalang kepada perubahan sokongan itu.
01:38Zaharul Alam, Jihai, Shahir, FMT.
Comments