Skip to playerSkip to main content
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan drastik dengan melaksanakan reformasi serta-merta terhadap sistem dan mekanisme sedia ada, selain memperkasa program pendidikan bagi meningkatkan aspek keselamatan dan kesejahteraan murid di sekolah.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Parlimen #KPM #FadhlinaSidek #MenteriPendidikan
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan Malaysia memandang serius semua insiden jenayah yang berlaku melibatkan murid di kawasan sekolah baru-baru ini.
00:07Peristiwa ini bukan sekadar satu amaran, tetapi satu peringatan keras yang mengingatkan kita bahawa keselamatan dan kesejahteraan murid tidak boleh dipandang ringan.
00:17Ia juga terkait dengan krisis kebejatan moral yang mesti diberikan perhatian serius oleh semua pihak.
00:24KPM kekal beriltizam untuk memperkukuh ekosistem keselamatan di sekolah memastikan setiap murid berada dalam persekitaran yang selamat, harmoni dan kondusif untuk pembelajaran.
00:35Untuk makluman nali yang berhormat, sejak sekian lama Kementerian Pendidikan Malaysia telah mempunyai mekanisme yang jelas menerusi ketetapan surat perkeliling ikhtisas sebagai panduan kepada pentad bis sekolah.
00:46Antaranya melalui SPI bilangan 13 tahun 2023, pelaksanaan garis panduan pengurusan sah laku seksual di Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
00:56SPI bilangan 8 tahun 2011, garis panduan pengurusan keselamatan murid.
01:01SPI bilangan 4 tahun 2002 yang bertujuan mewujudkan suasana sekolah selamat agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan kondusif.
01:10dan SPI bilangan 9 tahun 2000, panduan keselamatan diri pelajar semasa pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan serta kegiatan co-curriculum.
01:20Selain itu, penegasan-penegasan terkait rapat dengan konsep sekolah selamat telah menetapkan keperluan untuk mewujudkan persikitaran fizikal, sosial dan emosi yang selamat serta kondusif bagi seluruh warga sekolah.
01:33ia diikuti yang hormat dengan apa yang kita laksanakan termasuk tinjauan keselamatan kesekolah oleh jatuan kuasa khas reformasi keselamatan Institusi Pendidikan
01:44yang telahpun kita tubuhkan untuk menangani isu-isu keselamatan dan kesihatan warga sekolah.
01:48Melaksanakan audit keselamatan di seluruh Malaysia bagi memastikan bahawa isu-isu keselamatan ini dapat dilihat melalui audit yang tersusun dan teratur
01:57bagi memastikan seluruh SOP sekolah-sekolah di Malaysia mematuhi peraturan-peraturan sediada.
02:04Simakkan semula prosedur operasi standar salah berlaku buli dan seksual, reformasi sistem aduan buli.
02:10Ini sangat penting bagi membolehkan anak-anak kita merasa selamat untuk membuat aduan melalui yang kita sebut sebagai melindungi identiti pengadu dan saksi.
02:20Begitu juga dengan pemasangan CCTV dan juga program-program yang terkait rapat dengan sokongan seperti mana yang disebut oleh yang berhormat
02:28berkaitan sokongan kepada kesihatan mental dan psikosocial.
02:32Tuan Yang Pertua, bagi memastikan bahawa isu ini tidak terhenti di sini dan melihat kepada bagaimana kemencapanan Malaysia harus lebih efisien dan tegas dalam soal-soal yang terkait rapat dengan keselamatan ini,
02:49maka kita memastikan juga dalam konteks hari ini kita melakukan immediate reform ke atas sistem dan mekanisme yang sediada.
02:59Pemeriksaan sekolah selamat dan program pendidikan yang sedang berjalan dengan usaha merentasi kementerian, terutamanya Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi, Kementerian Pembangunan Warta dan Keluarga dan Masyarakat,
03:13serta pendekatan seluruh masyarakat melibatkan PIBG, PIBKS, NGO bagi menghadapi cabaran di hadapan kita.
03:20Usaha ini akan menjadi satu usaha intensif dan berterusan dengan kesemua JPN dan PPD dikerah untuk pelaksanaan secara praktikal dan efisien di semua 10,243 sekolah di seluruh Malaysia serta merta yang berhormat.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended