00:00Keperkembangan sukan di sebalik ketiadaan tujuh pemain warisan baru negara,
00:05Harimau Melayu berjaya meneruskan rentak kemenangan dalam kempen kelaikan Piala Asia 2027
00:10selepas menewaskan Laos 3-0 di Stadium National Ventian malam tadi.
00:18Ketiadaan tujuh pemain itu menyaksikan pengendali Peter Klamovsky terpaksa membuat rombakan besar dalam skuad kesebelasan utamanya.
00:25Ia jelas memberi kesukaran buat Harimau Melayu pada awalnya menyaksikan tiada gol terhasil dengan Malaysia dan Laos terikat tanpa jaringan pada babak pertama.
00:34Bersambung selepas rehat, Arif Aiman Hanapi memecah kebuntuan pada minit ke-54.
00:3914 minit berselang, giliran Kapten Dion Kuh menewaskan penjaga gol tuan rumah,
00:43koplak patik pada minit ke-68 untuk gol kedua skuad negara.
00:47Pemain gantian Faisal Halim kemudian melengkapkan kemenangan bermakna Harimau Melayu apabila meledak gol ketiga skuad negara
00:54pada masa kecederaan.
00:56Kemenangan itu membolehkan Malaysia kekal berada di kedudukan teratas kumpulan F,
01:00mengumpul sembilan mata selepas merekodkan kemenangan bersih dalam tiga aksi awal.
01:05Selepas ini, Harimau Melayu sekali lagi akan bertemu Laos bagi aksi ke-4 kumpulan F di Stadium Nasional Bukit Jalil selasa ini.
Be the first to comment