Kanak-kanak lemas di Pantai Puteri ditemui selepas tiga jam SAR
Kegembiraan tiga kanak-kanak bermandi-manda di Pantai Puteri, Melaka pada petang Rabu bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, Mohd Azrill Dis Abdul Hai, Mohd Zakuan Nazran dan Mohd Wafiy Adrian Zafran Mohd Ridzuan, yang kesemuanya berusia 12 tahun, dipercayai datang ke pantai itu dengan menaiki basikal sebelum Mohd Wafiy Adrian Zafran ditemui lemas.
Be the first to comment