Skip to playerSkip to main content
Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah pada Jumaat atas tuduhan merogol seorang pelajar sekolah di sebuah rumah di Kampung Air Molek, Kuala Sungai Baru awal April lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Tertuduh, Muhamad Asyraf Ramli, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aiza Khairuddin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/749677/berita/semasa/mekanik-mengaku-tidak-bersalah-rogol-pelajar-sekolah

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesrogol #AlorGajah
Transcript
00:00Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Sesen Alor Gajah pada Jumaat atas tuduhan merogol seorang pelajar sekolah di sebuah rumah di kampung Ayamolik, Kuala Sungai Baru awal April lalu.
00:11Tertuduh Muhammad Ashraf Ramli, 25 tahun bagaimanapun, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aizah Khairuddin.
00:19Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol seorang gadis berusia 15 tahun 11 bulan di sebuah rumah di kampung Ayamolik kira-kira jam 11.30 malam pada 1 April lalu.
00:30Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376 Kurungan Satu Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
00:41Timbalan pendakwa raya, Muhammad Ali Hussein, mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 serta memohon Mahkamah menetapkan syarat tambahan agar tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
00:55Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan berasal daripada keluarga susah dan merupakan satu-satunya penanggung keluarga.
01:04Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan sebutan semula kes pada 27 Oktober depan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended