VIP, ahli politik antara pemilik kereta mewah culas bayar cukai jalan
Golongan kenamaan, termasuk ahli politik, antara pemilik kenderaan mewah yang didapati culas memperbaharui cukai jalan, dengan jumlah tunggakan mencecah hampir RM35.7 juta, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Mohamad Adnan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati lima jenis kenderaan mewah paling popular iaitu Rolls-Royce, Lamborghini, Bentley, Ferrari dan Porsche mencatat jumlah tunggakan cukai jalan yang tinggi.
Be the first to comment