00:00Bertemu kembali, usaha menjaga kebersihan ibu negara dan mengurangkan penjanaan sisa perlu dilaksanakan secara menyeluruh melalui pendekatan 4R iaitu Rethink, Reduce, Reuse dan Recycle.
00:12Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Muhammad Syarif menyeru semua pihak termasuk penduduk tempatan, pelancong domestik dan antarabangsa bersama memainkan peranan dalam menjayakan inisiatif sifar sisa di wilayah Persekutuan.
00:24Wartawan Faidah Rahim ada perkongsiannya.
00:26Terima kasih rakan sugas di Estro, saya hari ini berada di majlis pelancaran Zon Sifar Sisa Wilayah Persekutuan yang mana hari ini majlis telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Muhammad Syarif
00:44yang mana hari ini juga merupakan titik penting bagi Bandar Raya Kuala Lumpur dalam menjadi sebuah bandar raya lestari sepenuhnya
00:53dan di bawah inisiatif Zon Sisa Sifar ini juga kawasan terpilih akan melaksanakan sistem pengurusan sisa yang lebih cekap termasuk pengasingan sisa di punca penggunaan teknologi yang lebih berkesan dan juga pengurangan sisa ke tapak pelukusan.
01:10Dan dalam pada itu Datuk Seri Maimunah juga telah menegaskan bahawa ini merupakan komitmen DBKL sebagai champion zero waste
01:19serta memperkukuh kedudukan bandar raya ini dalam agenda antarabangsa termasuklah ketika Masyarakat Gabenar dan Datuk Bandar Ibu Negara ASEAN 2025.
01:30Dan melalui inisiatif ini juga DBKL telah memberi penekanan terhadap amalan pengurangan guna semula dan kitar semula sisa di peringkat komuniti dengan penglibatan aktif semua pihak.
01:44Dan sebentar tadi juga telah berlangsung sidang media bersama Datuk Seri Maimunah dan kita dengar sedikit perkongsian daripada beliau.
01:52Kita ingin terlibat bersama dalam peringkat antarabangsa.
02:22Terus saya menyeru rakan-rakan yang di luar sana dan juga penduduk-penduduk di Kuala Lumpur ini dan juga turis yang datang
02:30ataupun yang datang domestik ataupun antarabangsa bersama-sama dengan kita untuk mengambil tindakan menjaga kebersihan Kuala Lumpur
02:41dan juga kalau boleh reduce di waste generation dengan pendekatan 4R yang saya kata tadi.
02:47Dan pada itu, zon sifar sisa akan dilaksanakan di kesemua sebelas kawasan Parlimen Kuala Lumpur dengan sasaran iaitu pengurangan 20% sisa organik dan 40% sisa bukan organik ke tapak pelupusan menjelang tahun 2040.
03:05Dan sebagai permulaan, pelaksanaan zon sifar sisa ini melibatkan 11 lokasi di setiap kawasan Parlimen di Kuala Lumpur iaitu KL Convention Center di Bukit Bintang,
03:16Sunway SPK di Segambut, Universiti Malaya di Lembah Pantai,
03:19Institut Latihan Perindustrian Kampus Kuala Lumpur di Seputi, Sunway Velocity Mall di Jalan Pil Ceras, Aeon Alpha Angle Seksyen 1 di Wangsa Maju,
03:29SMK Bandar Baru Sentul di Batu, SK Lasal Jinjang Utara di Kepung, Kompleks Sukan Bandar Tun Razak di Bandar Tun Razak,
03:37Taman Tasik Titi Wangsa di Seti Wangsa serta Pusat Penjaja TPCA di Titi Wangsa.
03:46Dan tambah beliau juga lagi, zon sifar sisa wilayah persediaan Kuala Lumpur ini merupakan langkah penting dalam menjayakan aspirasi Kuala Lumpur ke arah sifar sisa 2040.
03:58Saya kira ini sahaja perkongsian yang kami dapat bawakan dari lapangan dan kami akan bawakan lebih banyak info di portal astroawani.com.
04:07Dan sejak ini sahaja, kita kembali ke studio.