Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Belanjawan 2026 dijangka tumpu tingkat pelaburan, automasi, pendigitalan dan cipta lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi, selari prestasi eksport Malaysia yang terus kukuh.
Transcript
00:00Bertemu kembali, Belanjawan 2026 dijangka merangkumi dasar yang beratujuan meningkatkan aliran masuk pelaburan,
00:06menaik taraf otomasi dan pendigitalan serta menambah jumlah pekerjaan perpendapatan tinggi untuk rakyat Malaysia.
00:13Menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liu Chin Tong,
00:16Kementerian telah mengumumkakan cadangan kepada Kementerian Kewangan dan keputusan utama akan dibuat oleh Perdana Menteri,
00:22Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau membentangkan Belanjawan pada 10 Oktober.
00:26Katanya hal tujuh kerajaan adalah jelas dengan mewujudkan pekerjaan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia
00:32dan mendorong industri ke arah penggunaan otomasi, kecedasan buatan AI dan pendigitalan yang lebih luas.
00:39Liu berkata matlamatnya ialah mempercepat peralihan Malaysia ke arah ekonomi yang dipacu teknologi.
00:44Sementara itu, Liu berkata walaupun berdepan cabaran ekonomi global, Malaysia berjaya melepasi RM1 triliun untuk ekspor.
00:50Katanya ini sebahagiannya disebabkan syarikat berpindah ke Malaysia di bawah strategi China Plus One sejak 2 hingga 3 tahun lepas
00:58dan kebanyakannya kini mengeluarkan barangan di dalam negara yang telah menyumbang kepada ekspor Malaysia.
01:04Pada Sabtu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri mengumumkan prestasi perdagangan Malaysia dalam tempoh 8 bulan pertama 2025
01:11meningkat 3.8% tahun ke tahun kepada RM1.98 triliun.
01:17Ekspor meningkat 3.9% kepada RM1.03 triliun, manakala impor naik 3.6% kepada RM945.62 bilion.
01:27Katanya ekspor melebihi RM1 triliun pada Ogos, sebulan lebih awal berbanding 2024,
01:33disumbangkan oleh barangan elektrik dan elektronik, jentera, kelengkapan dan peralatan,
01:37barangan optikal dan saintifik serta minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit.
Comments

Recommended