00:00Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan kerajaan mendapatkan larangan bersuara dalam semakan kehakiman dikemukakan Najib Razak berkait titah adendum yang membenarkannya menjalani baki pemenjaraan bawah tahanan rumah.
00:14Hakim Elis Lok menolak permohonan itu hari ini selepas mendapati tiada risiko sebenar dan substantif terhadap keadilan perbicaraan sekiranya kes tersebut dilaporkan atau dijalankan secara terbuka di mahkamah.
00:27Kerajaan sebelum ini memohon larangan bersuara sementara menunggu pelupusan permohonan semakan kehakiman Najib mengenai perkara berkenaan.
00:36Lok juga menolak permohonan kerajaan untuk menyimpan dokumen mahkamah dalam kes itu daripada diakses orang awam namun mahkamah mengenakan kos RM20,000 kepada kerajaan.
00:48Proceding itu berkaitan dengan titah adendum yang didakwa diperkenankan oleh yang dipertuan agung ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki pemenjaraan bawah tahanan rumah.
01:01Najib disabit bersalah menyalahgunakan dana RM42 juta milik SRC International Sendian Berhad dan sedang menjalani hukuman di penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022.
01:12Hailey Izate, FMT