Skip to playerSkip to main content
11 lelaki didenda RM3,000 tawar pinjaman tidak wujud

Seramai 11 lelaki dijatuhi hukuman denda RM3,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Seremban pada Isnin selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menawarkan pinjaman tidak wujud pada Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Kesemua tertuduh – Willie Ngam Tee Heng, 41; Lai Wen Bin, 21; Chee Juen Hoe, 36; Vincent Lim Liang Yik, 22; Jerry Teo Chee Ming, 22; Sim Wee Yung, 27; Chin Chye Fui, 34; Tan Wen Wah, 26; Yong Wai Chuan, 20; Chan Zi Cheng, 19; dan Jaydi Requiron Teh, 25 – membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/747053/berita/semasa/11-lelaki-didenda-rm3000-tawar-pinjaman-tidak-wujud

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kespinjamantakwujud #Seremban #scam

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seramai 11 lelaki dijatuhi hukuman denda RM3,000 setiap seorang oleh Mahkamah Magistrat Seremban pada Isnin selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menawarkan pinjaman tidak wujud pada Ogos lalu.
00:11Kesemua tertuduh Willy Ngam Ti Heng 41 tahun, Lai Wen Bin 21 tahun, Chi Jun Ho 36 tahun, Vincent Lim Liangyik 22 tahun, Jerry Teo Chi Ming 22 tahun, Sim Wiyong 27 tahun, Chin Chai Fui 34 tahun, Tan Wen Wah 26 tahun, Yong Wai Chuan 20 tahun, Chan Zee Cheng 19 tahun dan Jai Di Rikwai Yen Teh 25 tahun membuat pengakuan bersalah
00:37selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Magistrat Nurul Sakinah Rosli.
00:43Mahkamah memerintahkan kesemua tertuduh membayar denda tersebut atau berdepan hukuman penjara selama enam bulan sekiranya gagal membuat pembayaran.
00:52Nurul Sakinah turut memerintahkan barang kes diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.
00:58Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh bersama-sama berpakat menawarkan perkhidmatan pinjaman wang tidak wujud kepada mangsa.
01:04Mereka telah mendorong mangsa untuk menyerahkan wang kepada pihak tertentu yang bertentangan dengan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
01:13Kesalahan itu dilakukan antara jam 2.24 petang hingga pukul 2.30 petang di sebuah kafe dan sebuah premis di Pusat Dagangan Seremban 2 pada 26 Ogos lalu.
01:24Kes tersebut didakwa mengikut Seksyen 120B Kurungan 2 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
01:34Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended