00:00Oh, this is where the pink is.
00:30Yang telah diminta untuk diturunkan, tidak diturunkan.
00:36Ini bermaksud peratusan penurunan adalah sebanyak 86%.
00:43Penting saya tegaskan bahawa tindakan menurunkan dilakukan oleh platform sendiri berdasarkan garis panduan yang telah mereka terbitkan.
00:54Jadi, walaupun MCMC ada meminta platform untuk menurunkan sesebuah kandungan, tapi sekiranya platform berpendapat, berpandangan, berasaskan undang-undang dan aspek perundangan yang ia tidak melanggari community guideline atau garis panduan community mereka, maka kandungan tersebut tidak diturunkan.
01:20Namun, masa yang sama, dari pengamatan saya sendiri dan juga yang berhormat Timbalan Menteri,
01:30kita dapati masalah yang turut berlaku dalam platform media sosial termasuk TikTok,
01:37ialah kehadiran anak-anak di bawah usia 13 tahun,
01:42yang berdasarkan garis panduan community platform tidak dibenarkan.
01:46Dalam banyak lawatan saya ke sekolah-sekolah, terutama sekolah-sekolah rendah,
01:53saya dapati anak-anak semuda seawal tahun satu memiliki akaun TikTok.
02:00Jadi, walaupun mereka pihak TikTok mengatakan anak-anak bawah 13 tahun tidak dibenarkan,
02:08namun realitinya ia berlaku.
02:12Jadi, ini antara beberapa perkara yang telah disampaikan kepada pihak TikTok bahawa
02:19perlu ada satu mekanisme untuk membuat pengesahan umur, age verification.
02:29Dan kita serahkan kepada pihak TikTok dan juga MCMC dan PDRM untuk meneliti
02:35apakah mekanisme mengambil kira apa yang dilakukan juga di negara-negara lain
02:41seperti Singapura, Australia.
02:44Jadi, saya telah meminta supaya pasukan TikTok, PDRM dan MCMC
02:51meneruskan perbincangan,
02:54meletakkan beberapa tempoh masa dan tindakan yang perlu mereka lakukan.
03:00Saya secara umumnya sangat tidak berpuas hati dengan sikap TikTok yang tidak serius
03:08dalam mengambil beberapa tindakan untuk mengatasi masalah-masalah tertentu
03:13yang telah kami bangkitkan sebelum ini.
03:17Satu contoh ialah apabila berlaku kes buli cyber terhadap mendiang Raja Suwari
03:23anak perempuan Apahu atau lebih dikenali sebagai Aisyah,
03:26pihak TikTok menjanjikan bahawa jumlah moderator yang akan mereka letakkan
03:33untuk mengawasi kandungan termasuk TikTok Live itu akan bertambah
03:38namun dalam pertemuan hari ini, mereka gagal untuk menyatakan
03:42jumlah moderator yang telah mereka tambah untuk mengawasi,
03:47untuk melihat, menilai kandungan termasuk TikTok Live dalam bahasa Tamil.
03:52Kami telah berkali-kali meminta mereka memberikan angka
03:57tapi berkali-kali mereka gagal.
04:01Dan ini adalah satu perkara yang sangat serius
04:04kerana Yang Bumat Timbalan Menteri saya sendiri
04:06malah juga MCMC terus menerima aduan dari komuniti India
04:11mengenai masalah buli cyber yang berlaku dalam platform TikTok.
04:15Keingkaran untuk mengatasi masalah ini
04:20boleh mengakibatkan pihak TikTok dikenakan tindakan perundangan
04:25dan saya serahkan kepada MCMC untuk meneliti
04:28apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil.
04:32Ya, mereka memberi jaminan bahawa
04:33tindakan tertentu akan diambil
04:36tapi kita tidak membincangkan secara terperinci mekanisme
04:41malah perbincangan sedang berjalan sekarang.
04:46Dan saya minta mereka
04:47jangan balik selagi
04:49perkara-perkara ini tidak dimuktamadkan.
04:53Are you giving them a timeline
04:57on when they have to meet these expectations?
05:00I'm giving them time
05:02to assess the requests and issues
05:07faced by the criminal investigation department
05:10the commercial crimes investigation department
05:13the issues faced by PDRM
05:17as well as the issues faced by MCMC
05:20we need to understand that fully
05:21and report back.
05:23So we'll give them a little bit of time
05:25to understand the specific issues
05:27or problems that
05:28the respective departments or agencies
05:31are facing
05:32and then we will know.
05:35Is the government considering a bank
05:38on TikTok if you do not contact?
05:40No.
Comments