The claim that a few large companies dominate the padi and rice industry to the extent of forming a cartel-like structure is unfounded, Deputy Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Arthur Joseph Kurup says.
He said the conclusion was based on a general study of the padi and rice industry by the Malaysian Competition Commission (MyCC), which was tabled at the Cabinet Committee Meeting on National Food Security Policy on Dec 17 last year.
00:00Untuk maklumat Ali yang berhormat Senator, bidang kuasa Kementerian ini terhadap industri padi dan beras adalah berpandukan kepada Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 atau juga dikenali sebagai Akta 522.
00:15Manakala entiti yang diberikan kuasa serta peranan untuk menyiasat kewujudan kartel adalah di bawah Suruhanjaya Persaingan Malaysia ataupun MyCC yang terletak di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup.
00:32Berhubung dakwaan mengenai kewujudan kartel di dalam industri padi dan beras, satu kajian am ke atas industri padi dan beras telah dijalankan oleh MyCC pada tahun 2024.
00:46Hasil kajian tersebut telah dibentangkan dalam mesyuarat jawatan kuasa Kabinet mengenai dasar keterjaminan makanan negara Bilangan 2 tahun 2024 pada 17 Disember 2024.
01:02Berdasarkan kajian tersebut, pihak MyCC tidak menemui sebarang amalan anti-persaingan atau apa-apa isu yang bertentangan dengan peruntukan di bawah Akta Persaingan 2010.
01:16Sehubungan dengan itu, dakwaan mengatakan bahawa kemungkinan wujudnya penguasaan pasaran oleh segelintir syarikat besar dalam industri beras yang berpotensi membentuk struktur seperti kartel adalah tidak berasas.
01:34Dalam menggorak langkah kehadapan, Kementerian sedang melaksanakan reformasi menyeluruh dalam industri padi dan beras secara berfasa sejak bulan Oktober 2024 yang bertujuan untuk meningkatkan daya saing industri,
01:50memperkukuh kebajikan pesawat serta menjamin bekalan beras negara.
01:56Antara agenda utama yang sedang dilaksanakan di bawah reformasi padi dan beras adalah untuk menekankan keperluan untuk menilai kerangka perundangan sedia ada
02:06agar kekal relevan dan berkesan dalam mengawal selia industri padi dan beras.
02:14Penilaian ini penting sebagai respon kepada pelbagai isu yang memelenggu industri sejak kebelakangan ini,
02:22termasuk ketidakseimbangan dalam ekosistem industri, dakwaan mengenai manipulasi bekalan melalui aktiviti percampuran beras dan lain-lain.
02:31Dapatan dan syur MyCC turut diambil kira demi mewujudkan persekitaran yang adil di sepanjang rantaian nilai industri padi dan beras.
02:42Adalah diharapkan segala usaha yang sedang dilaksanakan akan mendapat sokongan daripada semua pihak
02:48untuk kebaikan serta masa depan industri padi dan beras negara.
Be the first to comment