Skip to playerSkip to main content
  • 6 months ago
Barisan Nasional (BN) akan memberi tumpuan kepada kerusi yang diyakini boleh dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka dijalankan akhir tahun ini.
Transcript
00:00Barisan Nasional beri tumpuan kepada kerusi yang diakini boleh menang.
00:05Itu kata pengurusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung rundingan antara parti itu dengan gabungan rakyat Sabah atau GRS
00:11yang masih belum dimuktamadkan menjelang pilihan raya negeri Sabah yang dijangka dilaksanakan akhir tahun ini.
00:19Zahid menjelaskan apa yang penting bagi BN apabila memasuki PRN Sabah adalah kemenangan kerusi yang ditandingi.
00:25Kita telah memantapkan dan memuktamadkan rundingan dengan PH tetapi rundingan dengan GRS belum dimuktamadkan
00:43dan kita setakat ini menghormati kerjasama antara PH dengan GRS.
00:51Yang penting ialah soal kemenangan. Jadi kita lebih tumpukan kepada kerusi-kerusi yang kita boleh menangi dan itulah tumpuan kita.
01:04Zahid berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Putrajaya pada Selasa.
01:12Kami selalu, Parti Bersatu Sabah PBS dan Parti Solidarity Tanah Air Kusta dalam satu kenyataan bersama menolak kemungkinan bekerjasama dengan UMNO atau BN dalam PRN Sabah.
01:23Kenyataan itu ditandatangani pemangku Presiden PBS Dato' Sri Josim Gunsalem dan Presiden Star Dato' Sri Jeffrey Kitingan
01:32antara lain menyebut keutamaan kedua-dua parti komponen adalah untuk memperkukuhkan GRS melalui kestabilan politik dan memelihara integriti gabungan yang berasaskan Sabah.
01:43Ditanya sama ada BN yakin menyelesaikan rundingan dengan GRS menjelang pembubaran Dewan Undangan Negeri DUN secara otomatik pada November.
01:52Ini jawapan Ahmad Zahid.
01:54Kalau perkara itu tidak dapat diselesaikan, pegangan kita, kita tidak akan menggunakan apa-apa juga lambang yang lain. Kita akan terus menggunakan lambang balisan ini.
02:06Pada 18 Ogos lalu, Zahid berkata BN tidak dapat mengelak daripada berdepan risiko pertandingan banyak penjuru pada PRN Sabah.
02:16Susulan tidak ada rundingan antara pelbagai parti di negeri itu bagi mewujudkan pakatan atau kerjasama politik.
Comments

Recommended